Sunday, June 9, 2013

SYDNEY ADAM DATANG - UNIVERSITY OF SYDNEY

Kalau berkesempatan ke Sydney jangan lupa singgah sebentar di  University of Sydney Universiti of Sydney ini terletak di jalan utama iaitu di Parramatta Road.  Boleh tengok nombor nombor bas di sini BUS.   Boleh naik bas di hadapan hotel (seberang jalan - tunggu di hadapan 7 eleven) - naik sahaja bas yang tulis Parramatta Road - pasti lalu di hadapan universiti ini.  Bas ini memang akan berhenti di Pintu Utama Universiti  of Sydney iaitu di Universiti Avenue Gate (Turun Bas Di Sini) -- kenapa nak datang sini?... satu faktor sebagai satu semangat kat budak budak ini supaya bercita cita nak belajar di luar negara - dulu masa pergi Tasmania kami sempat pergi UTAS - Universiti Of Tasmania - dan dah ada cita-cita salah seorang anak-anak kami ni nak buat medic kat UTAS.  So sekarang kat Sydney kami pergi pula ke University Of Sydney.  Faktor kedua sebab senireka bangunan lamanya umpama Hogwarts dalam Harry Potter.  Faktor ketiga sebab salah satu lokasi cerita sehangat asmara (sebab paling poyooooo) ha ha ha.  Mula mula cuak jugak nak masuk sini - tapi belasah jerlah - rupanya bila kami masuk ramai jer orang yang sedang bergambar - so sepetang juga kami di sini.. layan gambar....nak balik nanti susur sahaja pintu yang masuk tadi - ada taman depannya ----ikut taman tue seberang jalan dan tunggu sahajalah mana-mana bas...sebab semua bas akan lalu di hadapan hotel iaitu menghala ke GEOGRGE STREET. Nanti bas akan betul betul berhenti di hadapan pintu hotel Breakfree .  Guna sahaja kad My ki - . Tak perlu bayar hanya touch sahaja....cukup mudah.
Post depan university sikit macam Rita Rudaini dalam Sehangat Asmara tue....he he he









Post Wajib Adam N Emak.....

No comments: