Sunday, June 9, 2013

SYDNEY ADAM DATANG DAY 2 Madame Tussauds, Sea Life & Wildlife

Hari kedua - mak adam telah beli tiket online untuk ketiga-tiga tempat ini, ketiga-tiga tempat ini bersebelahan sahaja antara satu sama lain  - boleh beli tiket online di sini Ticket Madame Tussauds Sydney .  Daripada hotel untuk ke sini amat mudah dengan menaiki tram atau dipanggil light rail- tak perlu bayar tiket kerana sudah ada kad multi 3 - Dari hotel boleh tunggu di capitol square atau paddy market - kemudian ambik tram menghala ke Pyrmont Bay-  turun di Pyrmont Bay - kena keluar dari situ ke atas dan cross road - dari situ sudah nampak jambatan Darling Habour - perlu cross jambatan Darling Habour dan ketiga-tiga taman ini sudah ada di depan mata.  











Inilah jambatan darling habour yang perlu dilintas untuk ke madame tussauds

Dah sampai ke tempat ticket - boleh redeem tiket yang dah beli online tue.  jangan lupa bawa kad kredit n booking number untuk reference.  Disyorkan agar masuk madame tussauds dulu sebab akan lama disini sebab akan giler bergambar dengan semua model model antarabangsa tue......






Kemudian bolehlah keluar dari madame tussauds dan masuk sealife---kat sini pun giler gak bergambar dengan semua ikan ikan....termasuk ikan dugong -  kiranya dua tiga kali ganda lebih besar dari aquaria KLCC ler....



then yang ketiga masuk ke sydney wildlife - kat sini boleh ler bergambar dengan kanggoro dan koala...tapi adam tak teruja sangat sebab rasanya sydney wildlife tidak sehebat Zoodoo land kat tasmania  dan dah pergi tengok penguin kat philip island di melbourne yang dah adam pergi disember tahun lepas...anyway bolehlah...sebab sydney wildlife ni merupakan zoo dalam bangunan...sejuk jer sebab ada aircond....seesungguhnya untuk hari kedua memang cukup cukup sahaja untuk ketiga tiga taman ini sebab memang akan lamalah berada di madame tussauds tue.....


No comments: