Sunday, June 9, 2013

SYDNEY ADAM DATANG DAY 1

Setelah 6 bulan meninggalkan bumi kanggaro, Adam kembali ke Australia tetapi kali ini siri terjah ke Sydney pula.  Rancangan yang dibuat ini kerana ibu adam frust tidak dapat pergi ke suatu tempat. So terus menukar arah ke Sydney atas cadangan Cikgu Hasnah.  Well, Sydne Adam Datang.  Memandangkan Disember lalu Adam telah pergi ke Melbourne, so tak perlu apply visa ETA lagi kerana visa ini tahan untuk 12 bulan.  Persiapan yang dibuat untuk Sydney tidaklah keterlaluan sangat kerana Adam akan berada di sini selama 5 hari sahaja..... MAkkkkkk tak cukuplah 5 hari....next time kena pergi 10 hari.  Ada apa dengan SYDNEY?....serius Adam rasa Sydney is better than Melbourne sebab ada terlalu banyak benda yang boleh diteroka di sini.  Seperti biasa naik Air Asia lah...bertolak isnin malam sampai pukul 10 pagi waktu Sydney.  Setelah melepasi imigration, terus ibu adam pergi top up dia punya no hp australia.  Then kami terus naik teksi menuju ke bandar raya Sydney iaitu di tempat penginapan kami di Breakfree n George di George Streeet.  Awal-awal lagi mak dah tempah bilik kat sini.  Breakfree n George ini memang satu hotel apartment yang amat strategik kerana berhampiran dengan paddy market dan tempat makanan halal, serta amat dekat dengan stesen tram, stesen bas dan stesen monorail.  stesen tram dan stesen bas hanya di depan hotel.  So memang ibu adam syorkan sesiapa nak ke sini boleh tinggal di hotel ini. terus tempah melalui laman webnya iaitu BREAKFREE ON GEORGE




Setibanya di Air port Sydney, kita kena declare apa barang yang kita bawa.  Ingat, imigration di Sydney amat ketat terutamanya jika kita membawa barang makanan.  Pastikan barang makanan yang kita bawa merupakan makanan yang telah siap dibungkus dan dilabel syarikat pengeluar seperti Maggie dan Sardin.  Jika kita ada membawa makanan kita kena declare dalam borang arrival. nanti kita akan disuruh beratur mengikut bahagian masing-masing dan akan dicheck dengan anjing pengesan.  So jika nasib tidak baik maka barangan yang kita bawa tak lepas.  Setakat ini Adam amat bernasib baik kerana semua barangan yang adam bawa lepas.  So sebaik melepasi imigration terus boleh cari teksi di luar air port - tempat adam berdiri itu di sebelah kiri adalah jalan menuju ke Stesen Teksi - terus beratur dan naik teksi - sampai destinasi baru bayar.  Semua teksinya ikut meter tidak kisah apa jenis teksinya.  Untuk Sampai ke Breakfree On George Street yang terletak di George Street kosnya teksinya kira-kira 60 aud (X rm3) untuk perjalanan kira-kira 20 minit.  Sesungguhnya terdapat train terus ke Central Station tapi rasanya amat tidak s6suai naik train kerana bagasi kami banyak.  Alhamdulilah, kami tiba di hotel dalam pukul 12 tengah hari dan terus boleh check in.. Hotelnya amat baik sekali. muatlah dalam 6 - 8 orang untuk apartment ini.  Sofa tue boleh tidur seorang yer... katil pun besar.  Bilik air ada 2 dan sangat sangat selesa.


Setelah melepaskan lelah, petangnya kami mula meneroka bandar SYDNEY.  Pertama sekali, membeli KAD MULTI 3 di 7 Eleven yang terletak di hadapan hotel.  DIsyorkan sesiapa yang pergi Sydney pergilah untuk 6-7 hari kerana banyak yang boleh diexplore di Sydney dan dengan membeli Kad Multi 3 ini kita dapat menaiki semua pengangkutan awam di SYDNEY secara Percuma selama Seminggu termasuk untuk pergi ke BLUE MOUNTAIN...berbaloi-baloi... Harga Kad Multi 3 ini ialah aud 61 untuk dewasa dan aud 30 untuk kanak-kanan.  dengan adanya Kad Multi 3 ini kita tidak perlu risau jika tersesat kerana kad ini boleh guna untuk bas, feri, train dan Tram.  Yang tidak boleh guna hanya MONOREL yang amatlah tidak sesuai untuk kita naik.  Dalam gambar sebelah, belakang adam itu ialah TRAM yang stesennya hanya di seberang jalan depan hotel yang kami menginap.  di tempat  Ibu adam berdiri itu pula ialah stesen bas.  So setelah kami membeli kad Multi 3 kami mula bergerak.  Target mula-mula ialah OPERA HOUSE, naik FERI ke Darling Harbour.  So dari depan hotel kami naik bas HIJAU untuk CIRQULAY QUAY - Di sini ialah stesen bas dan stesen Feri (WHARF).  Bas Hijau ini adalah PERCUMA untuk pelancong dan warga sydney.  Keluar sahaja pintu hotel (MAIN) ada dua pintu hotel ini - pintu belakang ke PADDY MARKET dan pintu hadapan untuk tunggu BAS keluar pintu hotel ke sebelah kiri tunggu bas di koridor hotel - terus tunggu bas hijau - ada banyak sangat bas - NO bas 555 - tapi bas ini ada limit masa perkhidmatan -  memang tidak susah...naik sahaja dan 
LAST STESEN dia akan berhenti di CIRCULAR QUAY - 

 Turun sahaja di CIRCULAR QUAY terus berjumpa dengan stesen feri yang dikenali dengan nama WHARF - ada WHARF 1, 2, 3, 4 dan 5.  Untuk ke Darling Harbour dan merentasi Jambatan Sydney yang CHantek itu kena naik feri di Wharf 5 - Hanya swipe sahaja kad multi 3 - macam touch n go terus naik feri dan dalam masa 15 minit sampai ke Darling Harbour.






No comments: