Sunday, June 9, 2013

SYDNEY ADAM DATANG DAY 4 - BLUE MOUNTAIN



Kalau pergi Sydney, perlu pergi Blue Mountain, kat sini ada 3 sisters.  Kalau belajar geografi tingkatan 6 , 3 sisters ini terbentuk akibat hakisan angin berjuta juta tahun yang lalu.  Angin telah menghakis batuan lembut dan meninggalkan batuan yang keras lalu terbentuklah 3 sisters.  Kami gang terjah ni seperti biasa menggunakan pengangkutan awam iaitu train  Blue Mountain Line.  Dari Central Station, naik train blue mountain line di platform 4 menuju ke Katomba.  Nanti dah sampai Katombaa baru turun - perjalanan naik train selama 2 jam.  Kena naik train yang pagi iaitu pukul 8 25 pagi-  Dari hotel ikut pintu depan-lintas jalan - tunggu tram di hadapan 7 eleven untuk ke Central station - pakai My Multi 3 yer---tak perlu bayar lagi.  Keluar dari tram terus masuk stesen dan cari platform untuk naik TRAIN Blue mountain LINE.
Adam keluar dari TRAM di Central Station - Dari hotel ke sini hanya satu stesen sahaja..jalan pun boleh benarnya tapi biasalah dasar cepat penat kan......

Masuk ke dalam Central Station dan pergi ke Platform 4 untuk menaiki Blue Mountain Line untuk pergi ke stesen Katombaa - ke kiri yer---

 Itu dia Blue Mountain Line - 
 Banyaknya Train  - Kami catch train yang paling awal iaitu pukul 8 25 pagi . Kami sampai agak awai iaitu 7 42 pagi---jom mengopi dulu....
Mengopi dulu di Central Station sementara menunggu "Bakal anak sedara" tiba.  Anak sedara belajar kat sini - first time jumpa nie....
 Ria ria dalam train...hati hati naik train di SYDNEY --- ada SILENT COUCH! --- biasanya couch yang hujung.. kena senyap kalau dalam ni - sampai kami kena tegur dengan mat salleh tue...biasalah gang kiah propa kan...satu coach bising

baru lepas kena tegur dengan Mat Salleh tue...Adam kata shhhhhhhhhhhhhhhhhhh ---senyap semua!!!!

ok nanti sambung lagi...sehari kami di blue mountain ni....













No comments: