Sunday, June 9, 2013

SYDNEY ADAM DATANG DAY 3 - SHOOPING AT PADDY MARKET

Shopping souvenier  yang  murah di Sydney  ialah di Paddy Market.  Semua ada di sini.  Paddy Market ini  letaknya di belakang hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Breakfree n George.  Memang berbaloi baloi kami menginap di sini kerana lepas shopping boleh hantar barang balik bilik dan shopping lagi...adamlah mangsanya emak suruh hantar barang balik bilik.  Sebab emak adam n the gang ni memang giler shopping so semua rancangan hari ini ditunda ke petang sebab waktu pagi dah mula shopping.  Peniaganya ramai orang Cina.  Ada juga yang pandai berbahasa Melayu sebab Cina Malaysia yang dah migrate ke sana.  macam shopping ala-ala Malaysialah... barangan di sini lebih murah berbanding di victoria market di Melbourne.  Baju T shirt yang emak adam pegang tue baru 5 aud yang sangat baik kualitinya.  Petua shopping di sini ialah waktu pagi kerana biasalah kan boleh tarik harga.  So layan gambar kami Shopping.


Ada banyak pintu untuk masuk ke paddy market...dah macam duta Paddy Marketlah pulak.  
Kedai barang souvenier ni murah. Milik orang Cina Singapore - (aunty yang pakai lilit leher merah tue)- yang bergambar dengan adam yang atas tue orang Turki - semua fasih berbahasa Melayu - dapat banyak gift shopping kat kedai ni....rasanya ramai tourist daripada Malaysia yang shopping kat sini.


Kat sini paddy market ni pun ada banyak buah kat bahagian belakangnya.  Adam beli sikit untuk nenek adam yang sangat suka makan buah -

Banyaknya mak adam beli souvenier untuk sedara mara n kawan kawannya. ish ish ish kalau shopping tak hingat dunia.....

No comments: