Thursday, August 29, 2013

Tasmania - Awesome!!!

Sebenarnya semasa beli tiket ke Melbourne tidak plan untuk ke Tasmania.  Tetapi tiba tiba atas cadangan Cikgu Hasnah ajak ke Tasmania so terus lah kami setujuk sajek...mula usha-usha nak naik apa pergi Tasmania dari Melbourne... Ada dua cara...cara lambat dan mahal ialah naik kapal cruise dan cara cepat dan murah dari kapal terbang ---so kami ambillah cari yang kedua - terjah tiket Virgin Air - terus beli - untuk 2 hari 1 malam...nasihat saya ialah kalau nak ke Tasmania pergilah lama sikit - 5 hari 4 malam ker....banyak sangat nak diexplore pulau Cantik ini - umpama kata student Malaysia kat Tasmania - tak pergi New Zealand pun tak apa sebab dah pergi Tasmania - pemandangannya superb!  Jadi setibanya di Melbourne - kami simpan barang di hotel - then tidur satu malam di Melbourne - esok pagi pagi dah bertolak semula ke air port melbourne-  packing sikit jerlah barang ---yang lain 
semua simpan kat hotel di melbourne


.










Sunday, June 9, 2013

SYDNEY ADAM DATANG DAY 4 - BLUE MOUNTAIN



Kalau pergi Sydney, perlu pergi Blue Mountain, kat sini ada 3 sisters.  Kalau belajar geografi tingkatan 6 , 3 sisters ini terbentuk akibat hakisan angin berjuta juta tahun yang lalu.  Angin telah menghakis batuan lembut dan meninggalkan batuan yang keras lalu terbentuklah 3 sisters.  Kami gang terjah ni seperti biasa menggunakan pengangkutan awam iaitu train  Blue Mountain Line.  Dari Central Station, naik train blue mountain line di platform 4 menuju ke Katomba.  Nanti dah sampai Katombaa baru turun - perjalanan naik train selama 2 jam.  Kena naik train yang pagi iaitu pukul 8 25 pagi-  Dari hotel ikut pintu depan-lintas jalan - tunggu tram di hadapan 7 eleven untuk ke Central station - pakai My Multi 3 yer---tak perlu bayar lagi.  Keluar dari tram terus masuk stesen dan cari platform untuk naik TRAIN Blue mountain LINE.
Adam keluar dari TRAM di Central Station - Dari hotel ke sini hanya satu stesen sahaja..jalan pun boleh benarnya tapi biasalah dasar cepat penat kan......

Masuk ke dalam Central Station dan pergi ke Platform 4 untuk menaiki Blue Mountain Line untuk pergi ke stesen Katombaa - ke kiri yer---

 Itu dia Blue Mountain Line - 
 Banyaknya Train  - Kami catch train yang paling awal iaitu pukul 8 25 pagi . Kami sampai agak awai iaitu 7 42 pagi---jom mengopi dulu....
Mengopi dulu di Central Station sementara menunggu "Bakal anak sedara" tiba.  Anak sedara belajar kat sini - first time jumpa nie....
 Ria ria dalam train...hati hati naik train di SYDNEY --- ada SILENT COUCH! --- biasanya couch yang hujung.. kena senyap kalau dalam ni - sampai kami kena tegur dengan mat salleh tue...biasalah gang kiah propa kan...satu coach bising

baru lepas kena tegur dengan Mat Salleh tue...Adam kata shhhhhhhhhhhhhhhhhhh ---senyap semua!!!!

ok nanti sambung lagi...sehari kami di blue mountain ni....













SYDNEY ADAM DATANG - JALAN JALAN CARI MAKAN - JJCM

Jauhnya JJCM---kalau dah nama tekak Melayu tue nak cari jugak makanan Melayu kat Sydney ni.  Kalau pergi Sydney jangan risau pasal makanan---bersepah sepah makanan oleh orang Kita.  Sebelum pergi emak adam dah survey dulu tempat tempat makanan halal kat sydney dan kebanyakannya terletak berhampiran dengan hotel Breakfree George tempat kami menginap.  Yang Pasti kami tidak membawa banyak makanan dari Malaysia tidak seperti semasa pergi ke melbourne dulu - hanya bawa beberapa bungkus maggie (HARUSSS) dan biskut.  Malam pertama kami tiba kami makan Mi tarik yang terletak berdekatan dengan hotel.  Nama kedai ini ialah Chinese Noodle Bar. Kedai Muslim Chinese - siap ada demo buat mi tarik lagi.  Nak pergi kedai ni ialah turun hotel  dan keluar pintu hotel ikut pintu Hadapan.   Turn Right - cross jalan menuju ke 7 eleven tadi ...jalan ke kanan 7 eleven ---terus sahaja sampai jumpa CHINESE NOODLE BAR - jalan kaki dalam 5 minit sahaja.


Sate kambing nie memang TERBAEK - 5 cucuk AUD 10


 Ini Mi Tarik Goreng
Mi Sup ni memang sedap - WAJIB RASA makan dengan sate kambing tue

Kebanyakan harga berpatutan antara 10 aud hingga 20 aud sepinggan-  sepinggan dan semangkuk nya banyak - boleh makan dua orang --- tapi kalau saiz adam tue makan sorang jerlah - masa makan JANGAN CONVERT ke RM memang ler macam tak sanggup!!!

Hari Kedua di Sydney selepas balik madame tussaud kami makan di CAFE KASTURI .  Cafe ini betul betul berhadapan dengan Chinese noddle tue...seberang jalan sahaja.  Kiranya kalau dari Hotel Breakfree - keluar pintu utama - ikut kanan terusssss sahaja jalan dalam dua bangunan dah SAMPAI - Cafe Kasturinya- Jangan Belok Belok ...straight sahaja! Atas Cafe ini ada hotel - kalau nak menginap kat sini macam tak strategik pulak dengan paddy market n agak mahal sikit hotelnya berbanding di  Breakfree.   Cafe Kasturi milik orang Malaysia.  Memang makanan kat sini sedap dan harga BERPATUTAN jika mengikut AUD---kebanyakan satu hidangannya berharga AUD 15.  tapi satu hidangan ini boleh dikongsi 2-3 orang.  Antara lauk yang kami makan hari tue ialah ayam masak lemak rebung- tak boleh belah kat SYDNEY pun mencari rebung!  Kat Malaysia tak pernah order cenggini.  Sabor jerlah.  Tapi memang sedaplah makanan kat sini.  Banyak pulak tue.  Interview tuan kedai mana dapat rebung di tengah kota konkrit Sydney ni?...rebung dalam tin...sedap rasanya macam yang beli kat pekan sehari temerloh (poyooolah).....


Biasalah Adam jadi model JJCM - Menu kami gulai ayam rebung, ayam masak kicap ---betul betul tekak MELAYU!...Betullah Hang Tuah cakap Takkan MELAYU Hilang DI dunia.
Ayam Goreng Pun Sedap - yang atas tue nasi goreng

Hari ketiga kami JJCM - kami terjah kedai MAMAK VILLAGE SYDNEY - Mamak Stail pula-  kedai ni ada dalam cerita sehangat asmara- punya kami cari kedai ni rupa rupanya belakang hotel breakfree sahaja.  untuk ke kedai mamak ni ikut pintu belakang hotel-  cross road - then susur ke bangunan di belakangnya....terus ke kanan dan akan berjumpa dengan kedai ini. --Senang sangat mencarinya setelah ditunjuk oleh orang Cina kat Paddy Market tue - tak 5 minit dari hotel dah sampai dengan berjalan kaki!!



Duta Malay Village Baharu ----Adam - tengoklah harga makanan tue...JANGAN CONVERT ke RM!!!...he he he



 Abang dalam gambar ni memang ada tengah uat pertunjukkan roti canai terbang kat situ
Gang Gang Jalan Jalan TERJAH CIKGU WAN

 ROTI CANAI!!!
 TEH AIS n TEH TARIK ---TEKAK ORANG MELAYU ASLI!!!!

TEH AIS

 CHAR KEOW TEOW YANG AWESOME!!!
 menu
 ini yang paling best dan AWESOME - ROTI CANAI CHEESE!!!
 Kat Malaysia memang tak ada yang sesedap cenggini...adam dah try ---tak sama rasanya....1 keping 15aud!!!!
 Ini emak punya dinner - Emak dan Nasi tidak dapat dipisahkan ---Ayam kapitan n nasi puteh - mak kata ayam kapitannya SUPERB!!!!

Hambek ko...ini resitnya---untuk kami makan dua orang----he he he jangan Convert!!!



Abang roti canai terbang nie memang famous satu DUNIA....

Jadi ini sahaja JJCM kami kat Sydney - asyik berulang sahaja ke Malay Village ini...tak sempat pergi nando's ---katanya nando's juga halal di sini dan tak sempat pergi fish market juga - tak apa lain kali insyallah kami akan terjah SYDNEY lagi....