Tuesday, January 15, 2013

Luar Negara Lagi : Melbourne Sovereign Hill



Satu lagi tempat yang wajib dilawati di Melbourne ialah Sovereign Hill.  Tempat melombong emas.  Mudah sahaja untuk ke sini.  Pastikan dapat train paling awal ke Ballarat -  V line train pukul 9.07 pagi sebab nanti sampai ke Bhalaratt pukul 10 38 pagi - ada transfer couch menunggu untuk bawa ke sovereign Hill.  Jadual Train ke Ballarat - Sila Klik sini 

satu keistimewaan train kat sini ialah sangat punctual. Jika dalam jadual gerak 9 . 07 pagi maka train itu akan bergerak tepat pada waktunya.....


 Tunggu di Platform 8s untuk Ke Ballarat - kami ambil tiket family untuk naik train ini kerana harganya lebih murah....pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket

 Adam memang seronok kalau pergi melancong terjah terjah macam ini...katanya tidak terikat dengan orang lain.....dan cara melancong sebegini lebih murah.....
Sudah sampai di Stesen Ballarat - memang bas ni dah tunggu kita semua...dah ramai tourist yang guna cara ini untuk ke Ballarat---murah dan senang...nanti balik pukul 3 30 petang bas ini juga yang akan hantar ke stesen Ballarat ini.

 Di stesen Ballarat

 Ini pintu masuk utama ke Sovereign Hill ini lepas beli tiket ler... jika berminat nak ambik gambo dengan baju baju omputeh macam dolu dolu maka kat sini pergi belah kanan...cari kedai gambo macam kat bawah ini...kenapa kena ambik gambo dulu?...sebab nanti gambo akan ambil masa untuk siap dalam 2 jam...so nanti masa nak balik boleh ambil...kami dah buat satu kesalahan iaitu ikut belah kiri - jadi lambat ler ambil gambonya...nasib sempat...jika tidak nangis guling guling ler...tak pergi dah lain kali..sekali cukup lah kan....
ini kedai gambornya
 Inilah gambonya....taraaaaaaaa......ada macam macam baju boleh pakai...

tengok tue appointement pukul 2 45 petang...bas nak datang
 3 30...tak panic?..gile...cik ayu kita lah jadi runnernya....nasib baik sempat....gambo ni untuk 2 keping saiz besor frame gambo standard tu aud 100..... untuk harga masuk sini sila klik kat sini....TIKET ke SOVEREIGN HILL kami ambik yang family harga lebih murah....dan simpan tiket yang naik kereta api tadi kerana ada diskaun lagi untuk mereka yang naik keretapi...banyak diskaun dia....kira berbaloi baloi ler..

Ada apa di Sovereign Hill? semua iltenary kami ni dibuat oleh cikgu fasiha yang tinggal kat melbourne ni kerana ikut hubbynya buat phd....so agak terancang ler...menurut kata cikgu fasiha kalau tak ke sovereign hill sesangatlah ruginya...jadi sesiapa yang plan nak melancong ke melbourne tue pastikan sovereign hill masuk dalam iltenary yer....kat sini adalah tempat lombong emas zaman dulu dulu....kalau kita ala ala sg lembing ler kat kuantan...tapi kat sini depa jadikan satu tempat pelancongan....sangat menarik ada pelbagai persembahan termasuk boleh buat emas sendiri....dan boleh lombong emas jugak....boleh naik keta kuda jugak...macam-macam ada...so dalam jadual perjalanan anda pastikan sehari di sini yer.... layan gambo...
 Gadis pendulang emas
 belakang tue palang mengalirkan emas yg diproses

 Hamboi orang kaya ni shopping emas kat lombong emas...apa barang kat sini kalau nak beli beli terus tak ada jual kat mana mana dah...kat sini jer






Kat sini ramai orang pakai baju baju cenggini...memang tujuannya untuk bergambo ngan tourist... 



 Ini tukang bawak kereta kuda
 macam macam kenderaan mereka nie naik....












2 comments:

mizzura said...

bestnye dapat pakai baju lama..saya tengah pening nak masukkan slot sovereign hill ni sbb dah pack..tp rugi tak pergi..

Diari Adam said...

Memang sangat rugi kalau tak pergi - sebab bukan selalu kita nak pergi Melboune-