Tuesday, January 15, 2013

Luar Negara Lagi : Melbourne Puffing Billy

Jika ke Melbourne jangan lupa menaiki kereta api steam yang guna kayu api untuk menggerakkannya.  Ini kereta apinya....



Senang sahaja untuk naik train ke puffing billy iaitu pergi ke Southern South Central kemudian cari Belgrave Line.  Puffing Billy berada di Belgrave.  kiranya naik train tue sampai stesen yang terakhir. Jangan lupa top up dulu MYKI sebelum naik train. Sebelum masuk train Touch In dan  Sesampai di Belgrave nanti touch out MYKI.  dalam 45 minit anda semua akan tiba di Belgrave dan perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit untuk sampai ke stesen kereta api PUFFING BILLY.
BELGRAVE LINE  - klik link ni untuk tengok belgave line


 Seronok dalam Belgrave Line
 lebih kurang 45 minit sampai ke Belgrave Station
Selepas touch out myki terus ke kiri ikut arrow ke Puffing Billy, jangan keluar dari stesen coz puffing billy di hujung selepas jambatan di bawah ini....

 Ini jalan yang nak pergi Puffing Billy tue
 Tiba kat stesen puffing billy



 Kereta api ni bermula dari Belgrave hingga ke Lakeside...kalau tak nak lama duduk dalam kereta api boleh beli tiket hingga ke Menzies Creek sahaja...kami beli hingga ke LAKE SIDE...alang alang dah sampai kan bior ler jauh sikit...dapat nengok pemandangan.  Yang penting kalau bawak budak budak macam kami ni memang sesangatlah meriahnya...KOC ini kami yang punya....


Ini hergenya....ambil tiket family lebih murah...kitaorang ambil tiket yang Belgrave to Lakeside....


Ini waktu-waktunya...ikut musim gak...kalau cuti sekolah kat aussie mungkin jadual nie berubah...kami dulu ambil BELGRAVE DEPRT - 2 30 PM, BALIK LAKESIDE DEP:
 4 30 PM - kira last train lah...tapi macam bahaya gak...so kalau nak pergi rasanya baik ambil train yang lebih awai contohnya train 11.10 am di Belgrave so kena bertolak dari Melbourne dalam 9 am ler....






kalau pergi luar negara carilah tempat yang sesuai untuk sembahyang...jauh sikit daripada pandangan orang putih sebab ada sesetengah tempat awam mereka tak bagi sembahyang...so budak budak ni berkesempatan bersembahyang di Lake Side sementara tunggu kereta api pulang pukul 4 30 petang.......

3 comments:

mizzura said...

bagus kecik2 pon dah diajar begitu.. hailah..trip ni berapa hari ye..

Diari Adam said...

Trip ni dua minggu - lebih kurang 14 hari - kalau nak pergi melbourne alang alang pergi biarlah lama sikit....terus ke tasmania...tasmania sangat cantik seperti new zealand...kami hari tue duduk satu malam saja di tasmania...naik virgin air 45 minit from melbourne....di melbourne kami sewa apartment sebab boleh masak...so save budget....dan kalau nak petik cherries pergi lah bulan disember before krismas sebab cherries memang sedang molek untuk dipetik....

Dayana Darwisy said...

Seronok kalau dapat bergambar mcm ni. Blh jadikan kenang2an untuk generasi akan dtg.