Tuesday, August 19, 2008

Balik Kampung - Temerloh Bandar Ikan Patin & TOKEY BAKUL HANTARAN

Cikgu wan memang terror bahagian membuat bakul dan yang sewaktu dengannya- berminat? boleh tempah Pandangan Sisi
Pandangan dari Atas

Pandangan Sisi Atas


Bakul Eksklusif - hantaran - hadiah-tempat isi kueh




Ini bakul kos sederhana - 1 bakul RM 70.00 nett - sedia menerima tempatan
IKAN PATIN TEMERLOH



Sempena cuti sekolah, adam n family balik Temerloh - seperti biasa mak akan beli ikan patin dan ikan talapia untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur - biasalah kalau tak beli 10 ekor ikan - itu bukan mak namanya - Temerloh terletak di tebing sungai Pahang - asal nama Temerloh ialah Merloh - Tido - itulah yang adam dengar - tak taulah betui ka tidak.





Ikan patin kat temerloh nie ada 2 jenis iaitu ikan asli sungai Pahang yang harganya sekilo mencecah rm 70 kalu sekeping tue adalah rm 20 yang dah siap masak.





Satu lagi jenis ialah yang dalam sangkar seperti dalam gambar di bawah - ini murah sikit sekilo yang mentah dalam RM 12 - Rm 14 - sekeping kalu beli yang dah siap masak biasanya RM 5-





Ikan patin nie paling sedap masak tempoyak ikut resepi Pahang - tak isi bawang. Resepinya :










1 ekor ikan patin sangkar





- dibasuh guna limau kasturi - rendam dulu ngan air limau kasturi - mesti ikan patin sangkar baru sedap-





cili burung





kunyit hidup





daun kesum





timun masak (warna kuning) potong rendam ngan air kapur - supaya kenyal





tempoyak yang mesti sedap - tak campur pisang punya





garam dan gula secukup rasa





(tak perlu isi bawang - nanti rasanya lain)





pastikan tempoyaknya banyak










cara memasak:





Masukkan air dalam periuk - didihkan - masukkan bahan yang ditumbuk - cili, kunyit n tempoyak - daun kesum - sudah gelegak masuk timun kuning n masukkan ikan patin





jangan kacau sangat nantik ikannya hancur.










Selamat mencuba





Ini Sungai Pahang - itu rumah ikan sangkar
Ini sangkar ikan - air mengalir
sangkar ikan patin
sangkar lagi
sangkar ikan patin





Temerloh - Bandar Ikan Patin - Signboard kat hentian bas Temerloh
Adam kat Signboard
Gerai ikan patin kat Pangsenam (Tepi Sungai Pahang) yang kami selalu beli ikan patin
Adam tengah posing kat orang yang nak tangkap ikan talapia
hasil tangkapan - idup lagi

1 comment:

Azzfar Isyraff b Abdul Aziz said...

Salam.. selamat berkenalan adam.. ibu EE mmg skerr sgt ikan patin tau.. kalo babah outstation ke temerloh atau maran dia musti belikan tuk ibu.. wlaupun babah mmg tak mkn ikan patin.. so nnti kalo adam balik temerloh agii EE nk kirim yer tuk ibu...