Tengok kat atas tue....stesen brighton beach merupakan stesen kedua terakhir ---so dalam 45 minit - 1 jam juga nak sampai...boleh lena dulu dalam train.... sebenarnya untuk ke Brighton Beach ni kita boleh juga berhenti di Middle Brighton Beach - sebelum stesen Brighton Beach tetapi jalannya agak susah kerana kena ikut celah celah rumah orang dan amatlah jauhnya dalam 30 minit jalan kaki baru sampai stesen sebab waktu balik kami naik ikut middle brighton beach....so rasa rasanya lah kan... kalau nak balik pun patahlah balik ke stesen Brighton Beach sebab jalannya senang...menyusur pantai sahaja....
Budak-budak dah tak sabar nak mandi laut kat melbourne....
ta daaaa dah sampai....
Dari stesen Brighton Beach kena berjalan kaki yer untuk ke Pantai...jauh jugak dalam 15 minit baru sampai....jalan terus sahaja sampai jumpa pantai....tapi kan kan kan kan...TAK NAMPAK PUN RUMAH-RUMAH CANTIK TUE.....rupa rupanya jauh lagi nak kena jalan
Setelah menapak kira-kira 15 minit...akhirnya kami nampak rumah-rumah chantek ini....BERBALOI-BALOI...lensa kamera terus klip klap klip klap....kata orang kalau ke MELBOURNE wajib ke Brighton Beach sebab pantainya ada rumah rumah comel yang dicat pelbagai kaler---rumah rumah ini untuk menyimpan papan lucur.....
Readyyyyyyy...semua dah mula berebutkan rumah masing-masing
Adam dah Cop banyak rumah nampak.....
Haikal dah mula mandi.......air yang jernih dan sejukkkk ooooo
Chantek rumah nie.....
Perjalanan Balik --- naik train ke bandar melbourne----
best naik train kat sini tak ada orang....koc ini kami yang punya