Persiapan terakhir sebelum trip ke medan....
Wednesday, May 27, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Bercuti di Medan-Danau Toba dan Brastagi - Indonesia
Sempena cuti persekolah yang akan menjelang 2 minggu lagi - cikgu wan - adam n kak ayu akan pergi bercuti di medan, danau toba dan brastagi - kami akan pergi selama 4 hari 3 malam bersama-sama ahli kelab jom jalan-jalan - tak sabar rasanya untuk menikmati keindahan danau toba yang kemilau menyirna....tunggu berita dari sana yerrrr sejak tahun 2006 acara berjalan-jalan ini diadakan - kami telah pergi ke pelbagai tempat antaranya, jakarta, bandung, phnom penh, sarawak dan sabah - rasanya tahun depan ke belah-belah orang berkulit putih pulak kut.... Ini banner yang akan kami bawa pergi bersama
Phnom Penh, Cambodia 2008
Phnom Penh, Cambodia 2008
Tuesday, May 5, 2009
AKHIRNYA.....BUKIT LARUT KAMI TAWAN.....
Akhirnya Bukit Larut atau Bukit Maxwell di Taiping, Perak berjaya kami tawan...cewah...macamlah mendaki bunyinya yer....kira mendaki lah jugak menggunakan teknologi moden .... Suatu ketika dahulu sewaktu kami ke taiping menerusi travel agency kucai n co. kami tak sempat naik ke bukit larut kerana tiket udah habis...so biasalah mak su kan...genggam bara api biar sampai jadi arang...untuk ke Bukit Larut pengunjung perlu membeli tiket pukul 7.30 pagi - siap beli tiket naik dan tiket turun sekali. .. jika lewat...maka akan habislah tiket...naik land rover selama 30 minit- memang mencabar tapi uncle tue dah berpengalaman selama 29 tahun- ada 170 selekoh yang maut dan agak-agak maut - naik ok lagi...tapi bila turun memang pening giler...bukit larut berketinggian 1036 dari aras laut - jika belajar geografi setiap kenaikan 165 meter maka suhu akan turun sebanyak 1 Celcius - so suhu lebih sejuk kira-kira 8 celcius dari pekan taiping - memang ala-ala bukit fraser/ cameron lah cuacanya.....
setibanya di bukit larut
setibanya di bukit larut
menaiki land rover
tengok muka adam dah cuak dah
macam pekerja nepal nak pergi buat bangunan jer
Kucai junior - cameraman cilik
Subscribe to:
Posts (Atom)