Wednesday, April 10, 2013

Luar Negara Brighton Beach, Melbourne

ini ialah Southern Cross Station - Kalau nak ke mana-mana untuk berjalan menaiki train di melbourne di sinilah tempatnya - sangat mudah melancong dengan train di Melbourne kerana pengangkutan train dan tramnya amat Maju.... Southern Cross Station ni macam KL Sentrallah di Kuala Lumpur - so kalau nak mudah pelancongan anda di melbourne carilah hotel sekitar sini....
Untuk Pergi ke BRIGHTON Beach - AMBIL TRAIN KE SANDRINGHAN -
 NANTI TURUN DI STESEN BRIGHTON BEACH
Tengok kat atas tue....stesen brighton beach merupakan stesen kedua terakhir ---so dalam 45 minit - 1 jam juga nak sampai...boleh lena dulu dalam train.... sebenarnya untuk ke Brighton Beach ni kita boleh juga berhenti di Middle Brighton Beach - sebelum stesen Brighton Beach tetapi jalannya agak susah kerana kena ikut celah celah rumah orang dan amatlah jauhnya dalam 30 minit jalan kaki baru sampai stesen sebab waktu balik kami naik ikut middle brighton beach....so rasa rasanya lah kan... kalau nak balik pun patahlah balik ke stesen Brighton Beach sebab jalannya senang...menyusur pantai sahaja....

Budak-budak dah tak sabar nak mandi laut kat melbourne....
ta daaaa dah sampai....
Dari stesen Brighton Beach kena berjalan kaki yer untuk ke Pantai...jauh jugak dalam 15 minit baru sampai....jalan terus sahaja sampai jumpa pantai....tapi kan kan kan kan...TAK NAMPAK PUN RUMAH-RUMAH CANTIK TUE.....rupa rupanya jauh lagi nak kena jalan
Jadi menapaklah lagi kami...bila sudah nampak pantai berjalan kaki ke arah KANAN....disyorkan ikut JALAN RAYA.....kami tak sabar punya pasal IKUT TEPI PANTAI----PENAT WEH 15 minit baru sampai ke rumah rumah chantek....gambar atas ialah gambar ketua rombongan a.k.a. kak ayu mengetuai gang TERJAH BRIGHTON BEACH.....tak nampak lagi rumah chantekkkkk....hati dah CUAK
Setelah menapak kira-kira 15 minit...akhirnya kami nampak rumah-rumah chantek ini....BERBALOI-BALOI...lensa kamera terus klip klap klip klap....kata orang kalau ke MELBOURNE wajib ke Brighton Beach sebab pantainya ada rumah rumah comel yang dicat pelbagai kaler---rumah rumah ini untuk menyimpan papan lucur.....
Readyyyyyyy...semua dah mula berebutkan rumah masing-masing
Adam dah Cop banyak rumah nampak.....


Haikal dah mula mandi.......air yang jernih dan sejukkkk ooooo
Chantek rumah nie.....


 Perjalanan Balik --- naik train ke bandar melbourne----
best naik train kat sini tak ada orang....koc ini kami yang punya